Semalam aku keluar,
Pindah rumah, dh xnak dok hostel dah.
Keserabutan demi keserabutan menggulung otak aku selama ni. Selama kat hostel ni. Perubahan dah bertapak di hati. Tapi dek kerana ego x bertempat maka perubahan tu terbantut.
Aq yg sengaja bantutkan... sebab ego la konon.Plus dgn makhluk keliling yang xkan pernah faham aq, walau aq taw diorg rasa dh faham sgt dgn aq ni ha3.. You're not my little sweet baby.
Banyak perubahan dan impian yang aku bantutkan kerana ego bodoh dalam hati aku ni. Banyak impian aku tinggalkan jadi mimpi dek kerana khayal seronok melayan lagho kat hati plus makhluk keliling. Banyak mimpi aku berangankan sebab dh terjilat manis dunia. Manis betul...sangat manis sampai aq lupa pahit akhirat.
Macam-macam aq jumpa. Dan Allah Yang Pemurah bagi kat aq cash setiap benda yang aq angankan selama ni. Aq kenal kau..
Aq kenal dia...
Dan aq kenal mereka.
Yang satu masa dulu aq harap aq akan jumpa.
Dan Allah makbulkan permintaan aku.
Dan aku yang buta hati.. terus buta..terus meludah
Sedangkan tu yang aq nakkan dulu..
Fikir-fikir semula..Semua berlaku sebab kebodohan diri sendiri.
Kedangkalan akal yang terperap seronok diselimut tidur-tidur lena dunia.
Keasyikan tubuh diselimuti lemak-lemak kelazatan makanan dunia.
Dan mungkin keluarnya aq dari gua ini
Membawa keluar kebangangan aq
Yang terlindung dalam keasyikan lazat dunia selama ni
Membuang ego x bertempat aq yang cuma makan diri sendiri.
Pengenalan aq dengan kau, dia dan mereka.
Satu babak yang berbekas dalam hati.
Berparut dan xkan aq lupa.
Tapi jadi pengajaran berharga.
No comments:
Post a Comment