N this guy telah selamat melangsungkan perkahwinan ngan princess die... pelengkap rusuk kirinya kate die... Alhamdulillah.... Zahiril Adzim + Shera Aiyob ni mmg pasangan yang sangat comel. Semoga Zahiril Adzim akan menjadi seorng suami yg baik... dpt mendidik isteri dan anak-anaknya dgn bimbingan agama yang terbaik... Aq percaye la kat Zahiril ni.. InsyaAllah die mampu.. Aq yakin die sdg berusaha jadi seorang suami yang baik.. X caye? g tgk 'catatan pagi' kat blog die hi3....
Ngan sekali lafaz Zahiril n Shera berjaya diijabkabulkan sebagai suami n isteri.. Aitceh... terbaek.... lame dh ke practice kik3...
Ok2.. ni die gegambo majlis mereka. Hi3... aq pon x ingat angkut dari blog sape ntah... d la d few yg aq amek dari facebook Zahiril sindri.. tapi rase bkn die kot yg upload hu3.. ape2 pon mintak halal ye..
Ni majlis ni di rumah Shera Aiyob kat Perak ( 20 November 2011 )
OK2 ni plak gegambo sebelh Zahiril Adzim di Selangor (27 November 2011)
Comel sgt kan.. Tapi.. ayak.. awat Shera nangis tu? Aha... Ini die sebabnya... Shera terharu coz tetibe Zahiril wat surprise bace sebuah puisi ntuknya time tu sambil diiringi lagu 'Dirimu Satu' (lagu kump Ungu).. pergh romantik banget deh kamu Zahiril.. Jeles bertingkat-tingkat gue he3.. xdela...
Puisi Zahiril for Shera (sampai tangkap leleh der)
“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”
Wa... Ok la... semoga mereka kekal bahagia hingga ke syurga. Dikurniakan anak yang comel belaka. Yang penting dilitupi bimbingan agama... InsyaAllah.. semua orang pasti akan berubah menjadi lebih baik.. Muah! Luv U zahiril Adzim ( ^-^ ) v











