Irrasshai.....

Ha... jempot2... di yumei no machi... korg berada di dunia tanpa batas... ckp jela ape2... ade aq kesah... d bende yg kadang xleh nak ckp direct.. so kat sini la tapak aq nk berjimba-jimba ckp ape yg aq suke... hu...hu.... check it out!

Wednesday, September 12, 2012

Yang khayal & Yang nyata


Bila yang nyata serasa lebih menyakitkan
Mungkin lebih baik aku berada jauh bersama yang dalam khayalan
Bila yang nyata hanya mengecewakan
Mungkin mengharap pada yang mustahil jauh lebih membahagiakan
Bila yang nyata seperti menyiat hati nurani
Mungkin yang dikhayalkan bisa jadi penawar kedukaan
Bila yang nyata hanya tahu bercakap desing tanpa tindakan
Biarlah yang tiada menghangatkan dalam kebisuan
Bila tahu yang nyata tidak akan ada apa-apa harapan
Biarlah si impian bertukar menjadi mimpi-mimpi indah yang larut dalam keasyikan
Yang nyata
Akan terus-terusan menyajikan kenyataan memeritkan
Realiti, sakit
Yang dikhayalkan
Akan terus-terusan menghamparkan seribu satu keindahan
Fantasi, buat aku jadi berani lagi
Bila yang nyata hanya membuat aku hampir rebah tersungkur
Ternyata khayalan menyambut aku dari terus jatuh
Cium tanah
Mati….
Bernafas lagi…
Tak mati…
Kerana khayalan menyambut nyawaku
Dimasukkan pelan-pelan
Menguak kembali
Realiti yang dah menjatuhkan aku
Tegak
Kembali merempuh realiti yang perit
Dengan kata-kata dari dunia realiti yang sakit
Tapi aku pekakkan dengan lagu-lagu khayalan yang khayal
Mengkhayalkan
Buat aku hanyut dan menjadi aku yang baru
Akulah tu!! Yang baru dalam khayalan.

Followers